Liga Juara-Juara: Harry Kane pecah rekod ketika Bayern Munich benam Dinamo Zagreb
Ammar Hakim
September 17, 2024 07:34 MYT
September 17, 2024 07:34 MYT
Harry Kane mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak empat gol untuk melakar sejarah pemain Inggeris ketika Bayern Munich membelasah Dinamo Zagreb 9-2 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.
Kane, yang meledak hatrik dalam kemenangan Bundesliga ke atas Holstein Kiel Sabtu lalu, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-19 sebelum gol terhasil menerusi Raphael Guerreiro dan Michael Olise dalam separuh masa pertama.
Bruno Petkovic dan Takuya Ogiwara cuba untuk memastikan tuan rumah bangkit di awal separuh masa kedua, namun Bayern terus melebarkan kelebihan dengan jaringan Kane dan Olise.
Kane menjaringkan gol ketiga dan keempat menerusi sepakan penalti, membantu dirinya untuk merekodkan 33 gol dalam sekaligus mengatasi 30 Wayne Rooney sebagai penjaring gol terbaik UCL oleh pemain England.
Leroy Sane menambah satu lagi gol pada minit ke-85 sebelum pemain gantian, Leon Goretzka, melengkapkan sembilan jaringan Bayern, paling banyak terhasil daripada satu pasukan dalam satu perlawanan sejak UCL diperkenalkan.
? ??? ?? ??? ????? ?#MiaSanMia #FCBDIN #UCL @HKane pic.twitter.com/UAFKKFcr2D
— FC Bayern (@FCBayernEN) September 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.