Liga Juara-Juara: Ancelotti lega Real Madrid kembali diperkuat barisan utama

Ammar Hakim
September 16, 2024 07:56 MYT
Carlo Ancelotti menjangkakan beberapa pemain akan kembali pulih daripada kecederaan tepat pada masanya untuk perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Real Madrid menentang Stuttgart awal pagi esok.
Jude Bellingham, Aurelien Tchouameni dan Eder Militao bersedia untuk beraksi di Santiago Bernabeu, walaupun pemain Brazil itu tidak berlatih kerana dia memerlukan satu hari tambahan untuk pulih sepenuhnya.
Madrid memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara ke-15 musim lalu, menewaskan Borussia Dortmund 2-0 pada perlawanan akhir untuk meraih trofi itu.
Los Blancos merupakan pasukan pilihan dalam pertandingan musim lalu, dan hanya ketinggalan sebanyak 7 peratus daripada jumlah masa perlawanan mereka dalam Liga Juara-Juara musim lalu; peratusan terendah mana-mana pasukan.
Bekas tonggak utama Nacho, Joselu dan Toni Kroos yang kini bersara tidak lagi menjadi sebahagian daripada skuad, dan Madrid juga akan kehilangan Eduardo Camavinga kerana kecederaan.
Bagaimanapun, Ancelotti berkata dia teruja untuk memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka bersama 'pemain terbaik dunia' Kylian Mbappe.
"Ya, kami kehilangan Nacho dan Kroos, dua pemain terpenting kami. Dan Joselu. Sebagai pertukaran, salah seorang pemain terbaik dunia akan datang. Adakah kami mempunyai skuad yang lebih baik daripada tahun lalu? Saya rasa begitu," kata Ancelotti.
Sementara itu, Carvajal, yang menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan mereka ke atas Dortmund, yang mengesahkan penglibatan Bellingham, menyatakan kepentingannya untuk pasukan.
"Kepulangan Jude adalah berita yang hebat untuk kami. Kami tahu apa yang dia sumbangkan dengan dan tanpa bola," kata pemain pertahanan Dani Carvajal.
"Kami menuntut lebih banyak daripada diri kami sendiri dan esok adalah peluang baharu untuk terus berkembang."

? @BellinghamJude ? @vinijr#RMCity | #UCL pic.twitter.com/3VjkwQzx5f

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Carlo Ancelotti #Stuttgart #Liga Juara-Juara #Eder Militao #Jude Bellingham #Aurelien Tchouameni
;