Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan anak buahnya berada dalam Liga Europa untuk menjulang dan tiba di Linz untuk bersaing dan bukannya ruang untuk minit permainan.

The Reds akan menentang LASK awal pagi esok untuk kembali membuat penampilan selepas membuat kekalahan final 2016 kepada Sevilla pada musim pertama kendalian pengurus dari Jerman itu.

Sejak itu, Liverpool telah memenangi Liga Juara-Juara I*UCL) dan mara ke dua lagi perlawanan akhir dan menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala Kelab Dunia, Piala FA dan Piala Carabao.

Memandangkan Liga Europa merupakan satu-satunya trofi utama yang belum dimenangi Klopp dalam tempoh hampir lapan tahun di Anfield, lantas meningkatkan impiannya untuk menambah trofi itu.

Ini bermakna peminat yang berharap untuk melihat bakat luar yang menarik seperti bintang remaja, Ben Doak, Harvey Elliott dan tonggak baru, Ryan Gravenberch, yang mungkin perlu menunggu untuk diturunkan buat masa ini.

"Kami di sini untuk bersaing, bukan untuk memberi peluang," katanya.


“Tahun pertama saya, saya fikir Liga Europa agak terlalu berat untuk kami tetapi kami mara ke final. Kami terpaksa terbang ke Russia, bermain di padang beku di Sion.

“Ia adalah skuad yang berbeza. Kami belum bersedia dan kami entah bagaimana mengharunginya ketika itu . Saya tidak fikir prestasi kami luar biasa sebelum mencapai suku akhir, separuh akhir.

“Ia adalah detik yang berbeza, pasukan yang berbeza. Kali ini kami lebih bersedia. Kami lebih seronok kerana pada masa itu kami tidak tahu apa yang hendak diharapkan.

“Kami perlu bermotivasi dan teruja untuk bermain dalam Liga Europa.

"Saya tidak menonton aksi UCL minggu ini, saya tidak merindui lagu temanya.”