Leeds United lepaskan Rodrigo ke kelab Qatar

Shaiful Shamsudin
July 14, 2023 11:23 MYT
Leeds United mengumumkan bahawa bekas pemain termahal kelab itu, Rodrigo, telah dilepaskan untuk menyertai kelab Qatar, Al-Rayyan.
United membelanjakan £27 juta (RM160.4j) ketika mereka menandatangani penyerang Sepanyol itu daripada Valencia dengan kontrak empat tahun pada 2020 selepas mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 32 tahun itu membuat 97 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab itu dan menyumbangkan 28 gol.
Satu kenyataan di laman sesawang Leeds berkata: "Kami berterima kasih kepada Rodrigo atas usahanya dan mengucapkan selama maju jaya untuknya pada masa depan."
Pemergian Rodrigo ke Liga Bintang Qatar itu direalisasikan tatkala Leeds bersiap sedia untuk mengharungi kempen musim depan dalam Liga Kejuaraan di bawah pengurus baru, Daniel Farke.
#Leeds United #EPL #Rodrigo
;