Leeds United anggap masih terlalu awal jual beli pemain
Sabrina Mustaffa
May 29, 2024 14:22 MYT
May 29, 2024 14:22 MYT
Pengerusi Leeds United, Paraag Marathe, bertegas enggan membuka penjualan beli pemainnya selepas kekalahan final play-off Liga Kejuaraan mereka kepada Southampton di Wembley.
Anak buah Daniel Farke ditewaskan 1-0 menerusi jaringan Adam Armstrong di separuh masa pertama pada ahad lalu, setelah menduduki tempat ketiga dalam liga dengan 90 mata.
Situasi itu mengundang gusar para peminat Leeds ekoran bimbang kehilangan pemain utama seperti Crysencio Summerville dan Archie Gray yang mampu dibeli kelab lain.
Menurut Marathe, masih terlalu awal untuk menjual beli pemain, Leeds United mempunyai dana yang cukup untuk perbaiki apa sahaja yang sepatutnya dan tidak tolak kemungkinan terpaksa melakukan beberapa pertukaran demi pertingkat prestasi pasukan.