Lambakan pemain bintang belum tentu dapat kembangkan Saudi Pro League untuk jangka panjang

Muzaffar Musa
July 24, 2023 11:00 MYT
John Barnes tidak yakin lambakan pemain bintang yang menyertai Saudi Pro League akan membantu perkembangan bola sepak Arab Saudi ke persada dunia untuk jangka panjang.
Ketibaan Cristiano Ronaldo pada pertengahan musim di Al-Nassr selepas Piala Dunia Qatar 2022 telah menjadi permulaan era baru liga itu, yang kini mula menjadi tumpuan pemain bintang dunia.
Karim Benzema, N'Golo Kante dan Roberto Firmino antara nama-nama besar yang menyertai liga utama Arab Saudi itu, di mana tawaran kontrak lumayan yang disajikan sudah mula memikat pemain dunia berprofil tinggi.
Bagaimanapun, legenda Liverpool, Barnes, tidak pasti kemasukan beramai-ramai pemain bintang ke liga itu akan meningkatkan kedudukan mereka dengan menjadikan kegagalan Liga Super China sebagai contoh.
"Bola sepak sentiasa menjadi tumpuan besar dunia sejak 1950an," katanya kepada Stats Perform.
"Kini, disebabkan tumpuan media, anda dapat lihat apa yang sedang berlaku di Arab Saudi.
"10 tahun lalu, ramai ke China dan kini, mereka ke Arab Saudi. Tetapi sekali lagi, sama seperti Amerika, mereka hanya mendapatkan pemain yang sudah mahu bersara atau pemain yang mahu ke sana hanya kerana wang, jadi ia mungkin tidak sebagus yang disangkakan.
"Ia lebih kepada kenyataan bahawa mereka mampu menarik pemain bintang untuk ke sana. Ia tidak semestinya dapat memperkembangkan liga itu dan Arab Saudi juga sudah melakukannya dengan amat baik di peringkat antarabagnsa.

Good felling ?… pic.twitter.com/T229lNFZux

— Karim Benzema (@Benzema) July 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mereka layak ke Piala Dunia, mereka satu-satunya pasukan yang dapat menewaskan Argentina tetapi sekali lagi, ia sama sahaja dengan apa yang berlaku di Amerika.
"Jika bekas pemain yang sudah hampir ke penamat karier dan mahu mendapatkan bayaran lumayan, mereka akan menyertainya. Ia tidak semestinya dapat memberikan impak dalam bola sepak tempatan," katanya.
Untuk rekod, seorang lagi bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard, merupakan antara nama besar yang menyertai Saudi Pro League untuk mengendalikan Al-Ettifaq sambil Jordan Henderson juga dijangka akan menyertainya di kelab itu.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Karim Benzema #Steven Gerard #Saud Pro League
;