Xavi memberikan pujian istimewa buat Pedri apabila Barcelona kini berkelebihan lapan mata di tangga teratas LaLiga selepas menewaskan Real Betis, di mana dia menyamakan pemain tengah Spanyol itu dengan pemain legenda, Andres Iniesta.

Gol daripada Raphinha dan Robert Lewandowski memastikan Barca meraih kemenangan 2-1 di Estadio Benito Villamarin awal pagi tadi walaupun Blaugrana dibolosi gol sendiri Jules Kounde pada lewat permainan.

Walaupun Pedri terlepas dua peluang berharga sebelum gol pembukaan Raphinha, pemain berusia 20 tahun itu turut mencipta dua peluang lain dan melakukan 30 hantaran di bahagian serangan.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan berkenaan, Xavi memberikan pujian khusus buat perancang pasukannya itu.

"Dia seorang pemain di tahap berbeza, saya amat jarang dapat melihat pemain sepertinya.

"Dia berbakat. Dia berada di tahap sama seperti Iniesta tetapi Andres memiliki kesinambungan selama dia masih bermain.

"Andres adalah bakat terhebat yang saya pernah lihat dalam bola sepak Sepanyol tetapi Pedri amat mirip sepertinya.

"Dia boleh melakukan sesuatu yang berbeza dan dia sudah melakukannya," katanya.