LaLiga: Wojciech Szczesny batal persaraan demi sertai Barcelona

Saufi Tahir
October 3, 2024 14:06 MYT
Barcelona menandatangani Wojciech Szczesny dengan penjaga gawang berusia 34 tahun itu membatalkan keputusannya untuk bersara selepas Blaugrana hilang khidmat penjaga gol utama, Marc-Andre ter Stegen, akibat kecederaan yang memerlukan tempoh pemulihan jangka masa panjang.
Pemain kelahiran Jerman itu terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan pecah tendon patella di lutut kanannya minggu lalu dan berpotensi untuk terlepas baki perlawanan musim ini.

Szczęsny is culer! ?❤️ pic.twitter.com/B1S3RVBd2L

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Szczesny telah mengumumkan persaraannya daripada kancah bola bola sepak bulan lalu selepas menamatkan kontraknya bersama Juventus.
Untuk rekod, dia telah memenangi Serie A dan Coppa Itali sebanyak tiga kali bersama Juventus serta telah membuat lebih daripada 250 penampilan untuk kelab gergasi Itali itu.

???????ℎ ?????̨??? ✍️ SIGNED! pic.twitter.com/fFavTZ5WKs

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barcelona kini menduduki puncak carta La Liga dengan 21 mata selepas lapan perlawanan.
#bola sepak #Barcelona #LaLiga #Wojciech Szczesny