REAL VALLADOLID 3 BARCELONA 1

Real Valladolid mengambil satu langkah besar sebagai usaha untuk kekal dalam saingan LaLiga musim depan apabila mengejutkan pasukan juara, Barcelona, dengan kemenangan 3-1 di Estadio Municipal Jose Zorrilla awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah itu tewas kesemua lima perlawanan terakhir tetapi mendahului dua gol dalam tempoh 22 minit pertama hasil jaringan sendiri Andreas Christensen dan gol sepakan penalti Cyle Larin.

Gonzalo Plata kemudian memastikan kemenangan Valladolid menerusi satu lagi jaringan dalam babak kedua, sekali gus menjadikan gol Robert Lewandowski sebagai sagu hati buat Barca pada lewat permainan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Paulo Pezzolano berkenaan memintas Getafe untuk ke tangga ke-17 LaLiga sambil Barca pula masih belum menang selepas sah dinobatkan sebagai juara musim ini, dua minggu lalu.