Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, akan berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 1-2 kepada Colombia dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia di Estadio Metropolitano pada Jumaat lalu.

Kelab Sepanyol itu berkata bahawa pemain berkenaan telah didiagnosis mengalami koyakan di femoral bicep kirinya.

"Proses pemulihannya akan dipantau rapi," kata Madrid.

Vinicius, yang akan terlepas aksi menentang Argentina minggu depan, dikeluarkan dalam babak pertama dan menjadi pemain terbaru terpaksa direhatkan Madrid.

Pemain tengah, Eduardo Camavinga (cedera lutut) dan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga (pinggul), antara yang berada dalam senarai kecederaan itu sambil pemain kebangsaan England, Jude Bellingham, pula sedang menjalani pemulihan kecederaan bahu.