LaLiga: Real Madrid hilang khidmat Kylian Mbappe

Saufi Tahir
December 13, 2024 08:54 MYT
Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, disahkan mengalami kecederaan pada peha kirinya, menjadikan kehadirannya dalam perlawanan akhir Piala Antara Benua FIFA masih menjadi tanya tanya.
Mbappe terpaksa digantikan dalam separuh masa pertama selepas membantu kelabnya menewaskan Atalanta 3-2 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan dia menyumbangkan jaringan pembukaan buat Los Blancos sebelum dibawa keluar.
Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan pemain berusia 25 tahun itu mengalami ketidakselesaan pada bahagian Ischial (pelvis bawah), dengan dia percaya Mbappe tidak akan mengalami kecederaan serius dan memerlukan tempoh rehat panjang.

? Oh là là !@KMbappe | #UCL pic.twitter.com/ewVmWbHXng

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelab itu turut membuat pengumuman: "Berikutan ujian yang dijalankan ke atas Kylian Mbappe hari ini, pemain itu telah disahkan mengalami kecederaan pada peha kaki kirinya. Perkembangan kecederaan pemain itu dalam pemantauan rapi." katanya.
Mbappe turut menjaringkan gol kemenangan 3-0 hujung minggu lalu ketika menewaskan Girona walaupun memulakan kariernya di Santiago Bernabeu dengan prestasi yang tidak konsisten.

Mbappé medical report.#RealMadrid

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia dijangkakan akan terlepas aksi LaLiga berdepan Rayo Vallecano dan bergelut untuk kembali cergas menjelang perlawanan akhir antara benua di Qatar berdepan Pachuca mahupun Ah-Ahly, Rabu depan.
#bola sepak #Real Madrid #Kylian Mbappe #LaLiga
;