LaLiga: Mbappe, Vinicius pamer sentuhan klinikal pastikan kemenangan Real Madrid

Ammar Hakim
September 15, 2024 10:39 MYT
Vinicius Junior dan Kylian Mbappe kedua-duanya menjaringkan penalti ketika Real Madrid menewaskan Real Sociedad 2-0 di Reale Arena.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu bergerak ke satu mata dengan pendahulu LaLiga, Barcelona, ​​yang melawat tempat kelima Girona hari ini.
Tanpa pemain seperti Jude Bellingham, David Alaba, Eduardo Camavinga dan Aurelien Tchouameni, Madrid mengalami satu lagi kecederaan pada minit ke-24 apabila Brahim Diaz terpaksa dikeluarkan kerana masalah otot.
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan, pelawat berjaya menembusi 13 minit selepas perlawanan dimulakan semula dengan Vinicius menjaringkan gol dari jarak 12 ela selepas Sergio Gomez mengendalikan rembatan Arda Guler.
Vinicus kemudiannya dijatuhkan untuk penalti kedua Madrid, yang diberikan berikutan semakan VAR, dengan Mbappe tidak membuat kesilapan dalam memastikan ketiga-tiga mata.

7️⃣?9️⃣#LaLigaHighlights pic.twitter.com/6Ef72T7Bde

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barcelona #Real Madrid #Kylian Mbappe #LaLiga #Vinicius Junior