LaLiga: Mason Greenwood masuk sebagai pemain gantian bantu Getafe tewaskan Osasuna

Muzaffar Musa
September 18, 2023 11:23 MYT
GETAFE 3 OSASUNA 2
Mason Greenwood mempamerkan aksi berkesan ketika dimasukkan sebagai pemain gantian sewaktu Getafe melakarkan kemenangan 3-2 ke atas Osasuna dalam perlawanan LaLiga di Coliseum Alfonso Perez malam tadi.
Pemain berusia 21 tahun berkenaan berpindah ke Sepanyol pada hari terakhir jendela perpindahan bulan lalu selepas Manchester United mengumumkan bahawa dia akan meneruskan kariernya di luar Old Trafford.
United menggantung Greenwood sejak tahun lalu gara-gara dakwaan melibatkan seorang wanita muda selepas gambar dan video mereka disebarkan secara atas talian, di mana dia dituduh melakukan cubaan merogol dan mencederakan tetapi Crown Prosecution Service pada Februari lalu mengumumkan bahawa kes berkenaan tidak akan diteruskan.
Dalam penampilan pertamanya bersama Getafe malam tadi, dia dimasukkan pada 13 minit terakhir ketika kedua-dua pasukan sedang terikat 2-2.

????? ????????? ?? ????! ???????1️⃣2️⃣??????? pic.twitter.com/Y329j2jcSl

— Getafe C.F. English (@GetafeCFen) September 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Greenwood jelas dapat memberikan impak besar buat pasukan barunya itu, di mana dia kerap mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dari sebelah kanan selain mendapatkan sepakan penjuru yang ditanduk masuk Nemanja Maksimovic sebagai gol kemenangan Getafe.
Terdahulu, Stefan Mitrovic membuka jaringan buat Getafe tetapi Iker Munoz segera menyamakan kedudukan buat pelawat sebelum waktu rehat separuh masa.
Gol tandukan Jose Carmona kemudian kembali meletakkan Getafe di depan pada minit ke-51, namun Ante Baudimir menjaringkan gol sepakan penalti berselang enam minit untuk kedua-dua pasukan kembali terikat.
Dengan kemenangan itu, Getafe mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri menjelang pertemuan dengan Real Sociedad hujung minggu ini.
#bola sepak #Osasuna #Getafe #LaLiga #Mason Greenwood
;