LaLiga: Kepulangan Gavi bantu Barcelona kenduri gol atasi Sevilla

Aleqha Zainal
October 21, 2024 17:46 MYT
Pemain berusia 20 tahun, Gavi, teruja untuk kembali beraksi bersama Barcelona selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika beraksi untuk Sepanyol menentang Georgia dalam perlawanan Kelayakan EURO, tahun lalu.
Selepas terlepas beberapa musim, dia kembali beraksi buat pertama kali selepas kecederaan sebagai pemain gantian ketika Barcelona kenduri gol menewaskan Sevilla 5-1, dengan dia turut menerima tepukan gemuruh daripada penonton di Stadium Olimpik Lluis Companys.
Barcelona kini menduduki puncak LaLiga dengan 27 mata, tiga mata di hadapan Real Madrid yang berada di tempat kedua dan tujuh mata di hadapan Atletico Madrid di tempat ketiga.

????? FULL TIME!!!!! ????? pic.twitter.com/xl23T3hGKm

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka akan menjadi tuan rumah berdepan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada Rabu sebelum menghadapi persaingan El Clasico menentang Madrid, minggu depan.

Kounde: Milestone in Blaugrana! ? pic.twitter.com/bmztZT06zJ

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat gembira dapat kembali bersama pasukan. Saya telah bermimpi tentang saat ini selama berbulan-bulan dan saya berterima kasih kepada semua orang kerana mereka telah memudahkan segala-galanya bagi saya," katanya

Morning, culers! ☕️☕️ pic.twitter.com/6TX6CX4hEM

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Barcelona #LaLiga #Gavi
;