LaLiga: Harap maaf , Kubo tidak ke mana-mana

Kamal Nizam
February 13, 2024 04:42 MYT
Kelab Sepanyol, Real Sociedad buat keputusan untuk melanjutkan kontrak bintang Jepun, Takefusa Kubo hingga tahun Jun 2029.
Langkah ini diambil kerana sudah terdapat banyak kelab luar yang berminat dengan khidmat Kubo susulan aksi memberangsangkan sepanjang musim lepas (9 gol & 9 bantuan gol).
​"Hasrat saya adalah untuk terus berkembang bersama pasukan ini" kata penyerang Jepun berusia 22 tahun itu.

“???????? ??????? ???? ?? ????”#Take2029 | #WeareReal pic.twitter.com/tgZcd5HNSy

— Real Sociedad ?? ?? (@RealSociedadEN) February 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kubo sebelum ini menyertai Real Madrid daripada FC Tokyo pada 2019 dan bermain secara pinjaman di Mallorca, Villarreal dan Getafe sebelum sertai Real Sociedad secara tetap pada 2022.
Kubo bakal berdepan Paris Saint-Germain dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara pada 4.00 pagi, 15 Februari ini dan anda boleh saksikan perlawanan itu di saluran 819HD.
#Real Sociedad #La Liga #Sepanyol #Takefusa Kubo