Muzaffar Musa
Sun May 14 2023
Gol Marco Asensio dari jarak 20 ela membantu Real Madrid memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan di kelompok bawahan LaLiga, Getafe, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu meledakkan jaringan jarak jauh berbaki 20 minit terakhir perlawanan di Santiago Bernabeu itu untuk Los Blancos meneruskan pemburuan penamat dua teratas musim ini.
Dengan Barcelona kelihatan akan bergelar juara LaLiga tidak lama lagi, ketua jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, kini menumpukan sepenuhnya terhadap usaha mereka untuk mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bagaimanapun, dia pasti gembira untuk meneruskan rentak tanpa kalah pasukannya ketika berdepan lawan bimbingan Jose Bardalas itu, yang sedang bergelut di zon penyingkiran selaku pasukan ketiga tercorot ketika ini.
Dengan merehatkan kebanyakan pemain utama sebagai persediaan menghadapi Manchester City dalam perlawanan separuh akhir kedua UCL di laman lawan awal pagi Khamis ini, Madrid jelas beraksi hambar sepanjang separuh masa pertama.
Asensio melepaskan peluang awal Madrid apabila tolakan lemahnya tepat ke arah penjaga gol, David Soria, manakala rembatan kencang Dani Ceballos selepas setengah jam perlawanan tersasar jauh.
Menyedari pasukannya kekurangan kualiti, Ancelotti mula memasukkan pemain utamanya dalam babak kedua, antaranya Vinicius Junior dan Lika Modric.
Perubahan itu jelas membantu Madrid dalam menamatkan pemburuan gol pembukaan mereka apabila percubaan jarak jauh terbias Asensio melepasi kawalan Soria sebelum menuju ke dalam gawang Getafe pada minit ke-70.
LaLiga: Carlo Ancelotti tuntut Real Madrid bangkit selepas dibelasah Barcelona, AC Milan
Carlo Ancelotti menuntut kebangkitan daripada pemain Real Madrid menjelas perlawanan LaLiga berdepan Osasuna hari ini selepas pasukannya tewas kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Rabu lalu.
Tetamu Nadi Weekend: Misi mencari Safee Sali junior bermula!
Tetamu Nadi Weekend hari ini akan menampilkan bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali, yang akan berkongsi mengenai Pelancaran Super Safee Soccer School & Klinik Asas Bola Sepak.
EPL: Pep Guardiola, Manchester City berisiko tewas empat kali berturut-turut
Pep Guardiola berdepan kemungkinan tewas dalam empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama sepanjang kariernya tetapi dia yakin Manchester City tidak memerlukan tonik tambahan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku. Ketiga-tiga kekalahan City baru-baru ini adalah dalam kejohanan berbeza dimana mereka mula tewas berdepan Tottenham dalam p
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya saksi usaha murni KPM
Padang Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya menjadi saksi kepada usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia melalui perlawanan persahabatan bola sepak.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima daripada 20 pasukan Zon Timur.
Piala Malaysia: Kekal format libatkan 16 pasukan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan bahawa format bagi saingan Piala Malaysia 2024-25 kekal dengan penglibatan 16 kelab yang akan membawa cabaran bermula dengan aksi pusingan 16.
Sudah tiada apa untuk dikejarkan Arif Aiman dalam negara -- legenda bola sepak
Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, percaya bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, akan terus membuktikan kualiti dimilikinya walaupun telah tampil menyerlah dalam saingan domestik dan Asia ketika ini.
Papar tifo 'Bebaskan Palestin', Menteri Perancis kritik penyokong PSG
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau, mengkritik penyokong Paris Saint-Germain (PSG) atas keberanian mereka mempamerkan tifo gergasi "Bebaskan Palestin" sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di Parc des Princes awal pagi semalam.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
UEL: Manchester United 'pecah telur', Amad pamer aksi memukau
Amad Diallo menjaringkan dua gol untuk Manchester United akhirnya menemui kemenangan pertama dalam Liga Europa (UEL) musim ini dengan menewaskan PAOK 2-0 di old Trafford awal pagi tadi.
Smith calls for intense and aggressive Charlotte approach in playoff decider
Preview: Orlando v Charlotte
Napoli not going to San Siro to 'wave the white flag', says Conte
Napoli going to San Siro to win
Ireland frustrated by lack of discipline as home winning run ended
Ireland long winning streak ended
Cleverley: Watford 'deserved to win' after improved second half
Cleverley: Watford deserved win
'When we get to that level, we're unstoppable' - Shaw hits hat-trick in Man City rout
Shaw hits hat-trick v Tottenham
Guardiola confident Man City can avoid fourth straight loss
Guardiola confident of getting win
Arsenal 5-0 Brighton: Five-star hosts run riot in statement win
Report: Arsenal 5-0 Brighton
Cushing confirms NYCFC stay after links to vacant Arsenal role
Preview: NYCFC v FC Cincinnati
WTA Finals: Gauff sees off Sabalenka to set up Zheng meeting in showpiece
Gauff into WTA Finals showpiece
Samson century sets India on way to comfortable T20I win over South Africa
India win opener v South Africa