LaLiga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid

Ammar Hakim
February 4, 2024 23:59 MYT
Real Madrid terlepas peluang untuk mendahului puncak LaLiga dengan kelebihan empat mata selepas dibolosi gol penyamaan pada masa kecederaan ketika berdepan Atletico.
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang atas keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad dengan melanjutkan kelebihannya di puncak liga.
Bagaimanapun, Marcos Llorente menghukum pasukan tuan rumah yang leka di penghujung permainan apabila menanduk masuk bola melepas gawang mengatasi penjaga gol, Andriy Lunin.

?‍♂️ ????? ?????? ???????? ⚽ pic.twitter.com/hJxIawG3Xe

— Atlético de Madrid (@Atleti) February 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan itu menjadikan Real dua mata di depan Girona, yang bertandang ke Bernabeu untuk pertembungan hebat di puncak jadual hujung minggu depan.
#Real Madrid #Atletico Madrid #LaLiga