ELCHE 0 BARCELONA 4

Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mendekati gelaran LaLiga musim ini selepas menewaskan Elche 4-0 di Estadio Manuel Martínez Valero awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Poland itu menjaringkan gol berganda, masing-masing pada minit ke-20 dan 66, yang mengapit jaringan Ansu Fati pada minit ke-56.

Ferran Torres kemudian menjaringkan gol keempat pelawat pada minit ke-70 untuk pasukan bimbingan Xavi itu kini berkelebihan 15 mata di depan pencabar terdekat, Real Madrid, sekali gus menunjukkan mereka akan sekali lagi mendominasi saingan liga musim ini

Buat Elche pula -- yang dikemudi ketua jurulatih keempat musim ini, Sebastian Beccacece -- kekalahan kali ini menyaksikan mereka kian terperosok di tangga terbawah LaLiga dengan 13 mata selepas 27 perlawanan.