LaLiga: Gattuso jangka Nico kekal di Valencia walau dikaitkan kembali ke Barcelona
Muzaffar Musa
October 15, 2022 12:04 MYT
October 15, 2022 12:04 MYT
Gennaro Gattuso menjangkakan Nico Gonzalez akan kekal di Valencia sehingga ke penghujung musim ini walaupun terdapat laporan mengaitkan pemain tengah itu untuk dipanggil semula kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.
Nico meninggalkan Camp Nou secara pinjaman pada Ogos lalu untuk mendapatkan lebih minit permainan tetapi dia masih bergelut untuk menembusi kesebelasan utama Valencia.
Walaupun Valencia memulakan musim pertama mereka bersama Gattuso dengan cemerlang -- memenangi empat daripada lapan perlawanan pertama LaLiga -- pemain berusia 20 tahun itu masih belum dapat menjadi pilihan utama.
Nico telah melakukan tujuh penampilan liga sepanjang musim ini tetapi lima daripadanya sebagai pemain gantian dan ia bermakna, dia hanya beraksi sepanjang 231 minit dalam kejohanan itu.
Dengan Barcelona sedang mengalami krisis kecederaan pemain, laporan media-media di Sepanyol mendakwa Blaugrana berkemungkinan akan memendekkan tempoh pinjaman Nico pada Januari ini tetapi Gattuso menggesa pemain itu untuk terus berusaha merebut tempat di Valencia.
"Ini merupakan kali pertama saya mendengar mengenainya. Tiada pemain pernah katakannya kepada saya," kata Gattuso kepada wartawan.
"Dia berusaha dengan amat baik. Dia memiliki kontrak setahun bersama kami. Pemain itu tidak membincangkannya dengan saya.
"Kesemua pemain mahu memulakan perlawanan dan saya fikir dia perlu terus berusaha di atas padang dan apabila diberikan peluang untuk bermain, dia perlu membuktikannya.
"Dia seorang yang amat profesional. Dia berlatih dengan amat baik tetapi saya mempunyai skuad dengan 23 atau 24 pemain. Dia seorang pemuda yang berlatih dengan bersungguh-sungguh," katanya.
?The boys finalise preparations before hosting @Elchecf_en at Mestalla ??️#ValenciaElche ?? pic.twitter.com/REBtZeQBjL
— Valencia CF (@valenciacf_en) October 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.