LaLiga: Chukwueze bintangi aksi Villarreal tumbangkan Real Madrid

Muzaffar Musa
April 9, 2023 00:53 MYT
REAL MADRID 2 VILLARREAL 3
Real Madrid kian ketinggalan di belakang Barcelona dalam pemburuan gelaran LaLiga musim ini selepas tewas 2-3 kepada Villarreal di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
The Yellow Submarine bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum menoktahkan kemenangan, di mana Samuel Chukwueze membawa pengaruh paling besar dengan menghasilkan dua gol dan satu bantuan jaringan, termasuk gol kemenangan gemilangnya dalam babak kedua.
Jaringan sendiri Pau Torres meletakkan Madrid di depan pada minit ke-16 sebelum Chukwueze menyamakan kedudukan pada minit ke-39.
Vinicius Junior kemudian kembali meletakkan Madrid di depan menerusi gerakan solo menariknuya pada minit ke-48 tetapi pemain gantian, Jose Morales, sekali lagi memastikan Villarreal menyamakan kedudukan apabila menyudahkan lintangan rendah Chukwueze pada 20 minit terakhir.
Chukwueze muncul penjaring gol kemenangan dramatik Villarreal pada 10 minit terakhir menerusi rembatan dari luar kotak penalti sambil semakan video bantuan pengadil (VAR) menafikan sepakan penalti buat Madrid pada penghujung perlawanan.

2 - @realmadriden have benefited from own goals in two of their last three games in @LaLigaEN (v Barcelona and Villarreal), after not having benefited from any since December 2020 (89 games without an own goal). Fortune. pic.twitter.com/TlTjxuoqYq

— OptaJose (@OptaJose) April 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Real Madrid #Villarreal #LaLiga