LaLiga: Cedera jangka panjang, kontrak Carvajal dengan Madrid tetap dilanjutkan

Muzaffar Musa
October 7, 2024 13:38 MYT
Dani Carvajal menandatangani lanjutan kontrak dengan Real Madrid sehingga Jun 2026.
Pemain pertahanan itu mungkin akan terlepas baki musim 2024-25 selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dalam kemenangan 2-0 ke atas Villarreal awal pagi semalam.
Kontrak Carvajal sepatutnya tamat pada penghujung musim ini tetapi Madrid bertindak segera dengan melanjutkan tempohnya bersama kelab itu untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.
Pemain berusia 32 tahun itu, yang telah bersama Los Blancos sejak berusia 10 tahun, memenangi enam kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan empat gelaran LaLiga sepanjang di Santiago Bernabeu selain mengumpulkan 427 penampilan.
#bola sepak #Real Madrid #LaLiga #Dani Carvajal
;