LaLiga: Carlo Ancelotti tarik nafas lega lihat ketajaman Kylian Mbappe
Saufi Tahir
December 2, 2024 10:32 MYT
December 2, 2024 10:32 MYT
Carlo Ancelotti berasa gembira dengan persembahan yang ditampilkan tonggak berbisanya iaitu Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid melakar kemenangan menewaskan Getafe 2-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Penyerang berusia 25 tahun itu mencetak gol dalam dua perlawanan liga berturut-turut sejak September dengan jaringannya itu hadir lapan minit selepas Jude Bellingham membuka jaringan pembukaan buat pasukan tuan rumah.
Keputusan itu menyaksikan Los Blancos telah mengumpul 33 mata dan hanya dibezakan satu mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona.
? @KMbappe ?#RealMadridGetafe pic.twitter.com/FOh1UjnIeu
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia aktif, berbahaya dan menjaringkan gol yang hebat, yang penting adalah mengawal baki permainan. Dia aktif dan itulah yang kami mahukan daripada dia.
"Ya, satu kelegaan untuk semua orang kerana ia adalah gol yang menakjubkan serta dilakukan dengan cara yang hebat." katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Madrid meneruskan tekod tanpa kalah di laman sendiri menentang Getafe kepada 16 perlawanan secara keseluruhan.
➕3️⃣ #RealMadridGetafe pic.twitter.com/uSqImeTzhS
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) December 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ancelotti turut terpaksa akur apabila turun tanpa tonggak utamanya seperti David Alaba, Eder Militao, Vinicius, Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga yang masih terpalit dengan masalah kecederaan.