LaLiga: Carlo Ancelotti tak gusar Kylian Mbappe masih kemarau gol
Saufi Tahir
August 29, 2024 09:45 MYT
August 29, 2024 09:45 MYT
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, tidak berasa gusar mengenai permulaan aksi Kylian Mbappe yang masih belum menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan La Liga.
Begitupun, Mbappe yang menyertai pasukan Los Blancos pada Jun lalu telah memperoleh gol dalam aksi debut bersama Real Madrid ketika final Piala Super UEFA berdepan Atalanta.
Namun, dia dibayangi bintang muda kelahiranb Brazil, Endrick yang berjaya menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Santiago Bernabeu pada Ahad lalu ketika berdepan cabaran Real Valladolid.
"Jaringan terakhirnya ialah pada 14 Ogos, hanya dua minggu sejak aksinya itu. Ia bukanlah suatu kebimbangan.
"Dia sangat gembira di sini, semestinya dia mahu menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya. Begitu juga dengan Vinicius yang turut belum menjaringkan gol lagi musim ini.
? @KMbappe ? #RMCity pic.twitter.com/kJNh4rnx42
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) August 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perkembangan dia sangat baik, saya lihat dia bermain lebih bagus setiap hari, dia teruja, mempunyai motivasi dan berlatih dengan baik. Dia sangat merendah diri dan saya rasa perkembangannya berjalan dengan lancar." katanya.