LaLiga: Barcelona terpaksa akur tewas kali kedua

King Hisham
November 11, 2024 13:28 MYT
Pendahulu LaLiga, Barcelona, terpaksa menelan hakikat kekalahan buat kali kedua dalam kempen liga kali ini dalam aksi penuh kontroversi ketika berdepan dengan Real Sociedad, di Stadium Anoeta, awal pagi tadi.
Dalam kunjungan mereka ke Reale Arena itu, Barca sepatutnya mendahului pasukan tuan rumah terlebih dahulu pada minit ke-14 menerusi Robert Lewandowski.
Namun malangnya pengadil bertindak membatalkan gol itu selepas membuat rujukan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan mendapati pemain itu dalam posisi ofsaid.

We gave it our all. Time to move forward. ? pic.twitter.com/dan0ikFYSJ

— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lega dengan situasi itu Sociedad kembali memperkemaskan corak permainan dan gol pembukaan tuan rumah akhirnya muncul menerusi jaringan Sheraldo Becker.
Tuan rumah kemudianya hampir menambah jaringan selepas itu, namun sepakan Mikel Oyarzaibal sedikit tersasar sebelum kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
Sekalipun anak buah Hansi Flick menggandakan usaha untuk memburu gol penyamaan sebaik bersambung babak kedua namun kubu pertahanan Sociedad kental bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

?? ??? ????!!! pic.twitter.com/6y7TbEGuXJ

— Real Sociedad ?? ?? (@RealSociedadEN) November 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Barcelona selaku pendahulu ketika ini dan masih lagi berkedudukan selesa dengan 33 mata berbanding pencabar terdekatnya Real Madrid yang kini mengumpul 27 mata daripada 12 perlawanan.
#bola sepak #Barcelona #Real Sociedad #LaLiga
;