Carlo Ancelotti tidak akan melayani spekulasi yang mengaitkannya untuk menyertai Chelsea dan skuad kebangsaan Brazil kerana menghormati Real Madrid.

Ketua jurulatih berbangsa Itali itu memiliki baki setahun dalam kontraknya bersama Madrid tetapi ia tidak menghalangnya untuk disebut mejadi calon pengendali beberapa pasukan, termasuk The Blues dan Selecao, sepanjang beberapa minggu ini.

Ancelottti, yang sebelum ini pernah mengendalikan Chelsea selama dua tahun dan membimbing mereka memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim 2009-10, akan berdepan bekas kelabnya itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.

Bagaimanapun, menjelang aksi suku akhir berkenaan, dia enggan menjawab sebarang soalan mengenai spekulasi bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu untuk menyertai pasukan baru.

"Ada ayat yang manis untuk bercakap mengenai perkara ini dengan cara yang betul," katanya kepada Radio Rai 1.

"Ia hanya angin yang membawa perkhabaran ini.

"Itulah ia. Saya masih ada kontrak sehingga 30 Jun 2024 dan saya mahu menghormati perkara itu," katanya.