Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG

Najmi Iman
May 10, 2024 07:52 MYT
Khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini menjadi kenyataan apabila penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu.
Menerusi kenyataanya di X, penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya bersama PSG, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Bekas pemain AS Monaco itu telah menggondol sebanyak enam kejuaraan Ligue 1 sepanjang beraksi di Parc des Princes.

Kylian Mbappé has made the decision to part ways with Paris Saint-Germain at the end of the season. All eyes now turn towards Real Madrid, as Mbappé is expected to embark on a new journey. ? @KMbappe#TransferNewspic.twitter.com/seNhOuEVgH

— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) May 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, Mbappe, berkemungkinan akan menyertai salah satu pasukan terhebat dunia, Real Madrid, bagi meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak berpengalaman.
#bola sepak #PSG #Kylian Mbappe #Ligue 1 #Paris Saint-Germain