Kylian Mbappe menyertai semula skuad pasukan utama Paris St Germain (PSG) selepas "perbincangan yang sangat membina dan positif" di antara kelab dan aset mereka itu.
Masa depan bintang Perancis itu telah menjadi subjek spekulasi hangat sepanjang musim panas selepas melahirkan hasrat utamanya untuk berpindah ke Real Madrid, lantas baru-baru ini dia dihalang daripada menjalani latihan skuad senior di sebalik hubungan keruh kedua-dua belah pihak berkenaan.
Dia berada di tempat penonton ketika PSG memulakan misi pertahanan kejuaraan Ligue 1 mereka dengan cara yang kurang memberangsangkan apabila seri tanpa jaringan ketika menghadapi Lorient semalam dengan Neymar merupakan seorang lagi bintang yang tidak muncul dalam skuad itu pada hari perlawanan.
Namun, PSG malam tadi mengesahkan Mbappe telah kembali ke pangkuan latihan pasukan utama dan penyerang berusia 24 tahun tersebut dilaporkan bersedia untuk melanjutkan kontraknya dengan kelab itu.
PSG berkata dalam satu kenyataan di saluran sosial mereka: "Berikutan perbincangan yang sangat membina dan positif di antara PSG dan Kylian Mbappe sebelum perlawanan PSG-Lorient, pemain itu telah dimasukkan semula ke dalam skuad latihan pasukan utama pagi ini."
Kontrak Mbappe -- yang telah diberi kebenaran untuk berunding dengan Al Hilal selepas kelab Liga Pro Saudi itu membentangkan bidaan rekod dunia £259 juta (RM1.5 bilion) bulan lalu -- hanya berbaki setahun lagi di Paris.
Dia setakat ini menolak sebarang lanjutan dan boleh memulakan rundingan untuk perpindahan percuma pada Januari depan, tetapi dia kini dilaporkan sedia memberi komitmen kepada PSG hingga 2025, seterusnya membenarkan kelab itu menjualnya kepada Real musim panas depan.
Shaiful Shamsudin
Mon Aug 14 2023


Ligue 1: PSG terikat tanpa jaringan dengan Clermont
Paris Saint-Germain (PSG) menghadapi kesukaran berdepan bekas penjaga gol dari akademi mereka, Mory Diaw, ketika terikat 0-0 dengan pasukan tercorot Ligue 1, Clermont, di Stade Gabriel Montpied awal pagi tadi.

UCL: Eddie Howe gusar senarai kecederaan Newcastle makin panjang menjelang aksi lawan PSG
Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, gusar dengan krisis kecederaan pemain yang sedang dihadapi pasukannya menjelang pertemuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis ini.

Ligue 1: Kylian Mbappe cukup cergas hadapi Clermont tapi belum pasti diturunkan PSG
Kylian Mbappe cukup cergas untuk diturunkan Paris Saint-Germain (PSG) bagi perlawanan Ligue 1 menentang Clermont malam ini tetapi pasukan juara bertahan itu mungkin akan merehatkannya sebagai persediaan menghadapi Newcastle dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Khamis ini.

Pengalaman di PSG matangkan Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino berpendapat tempoh 18 bulan ketika mengendalikan Paris St Germain (PSG) membantunya untuk menangani tugas rumit bagi mengubah nasib Chelsea.

Ligue 1: Julian Draxler tinggalkan PSG untuk ke kelab Qatar, Al-Ahli
Julian Draxler menamatkan ikatan hampir tujuh tahunnya bersama Paris Saint-Germain (PSG) apabila menandatangani kesepakatan baru bersama kelab Qatar, Al-Ahli, sehingga musim panas 2025.

Ligue 1: Marco Verratti tinggalkan PSG sertai kelab Qatar, Al-Arabi
Pemain tengah veteran Itali, Marco Verratti, menandatangani kesepakatan dengan kelab Qatar, Al-Arabi, sekali gus menamatkan ikatan 11 tahunnya dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Georginio Wijnaldum tinggalkan PSG untuk ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq
Paris Saint-Germain awal pagi tadi mengumumkan pemergian Georginio Wijnaldum ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Kylian Mbappe kembali barisi PSG
Luis Enrique berkata Kylian Mbappe berada dalam keadaan baik untuk kembali memperkuatkan barisan Paris Saint-Germain (PSG) menjelang pertemuan Ligue 1 dengan Toulouse, awal pagi esok.

Kylian Mbappe kembali sertai latihan PSG
Kylian Mbappe menyertai semula skuad pasukan utama Paris St Germain (PSG) selepas "perbincangan yang sangat membina dan positif" di antara kelab dan aset bintang mereka itu.

PSG terima tawaran Al-Hilal tandatangani Neymar
Paris Saint-Germain telah menerima tawaran daripada kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal untuk menandatangani Neymar.

Luke Donald ‘would consider’ continuing as Europe captain for 2025 Ryder Cup
Rory McIlroy led the calls for Donald to lead the side again at Bethpage in 2025.

Football rumours: Juventus seeking new long-term deal for Adrien Rabiot
The midfielder turned down an approach from Manchester United during the summer.

Big guns fire, Donald’s picks pay off but US tensions boil over – Ryder Cup Q&A
We look at the key questions surrounding the 44th contest.

Can England defend their crown? – World Cup talking points
The tournament takes place in India.

5 players to watch at the Cricket World Cup in India
England take on New Zealand in Thursday’s tournament opener.

Jos Buttler will let England’s white-ball legacy be decided by others
Eight members from the class of 2019 are in England’s 15-strong squad for the defence of their 50-over crown in India, which starts this week.

Europe captain Luke Donald: I think these guys will be around for a long time
Donald feels a host of Sunday’s winning squad will go on to enjoy more success in the competition.

I was a mess – Beckham lays bare pain he suffered after World Cup red card
Beckham was sent off for a kick at Argentina’s Diego Simeone before England went on to lose a penalty shootout.

Mudryk trying hard to adapt to Chelsea culture after difficult start
The Ukrainian moved from Shakhtar Donetsk in January for a fee that could rise to £88million.

Ireland cooking up a storm off the field thanks to Emma Gardner’s influence
The 37-year-old helped England win the ICC World Cup in 2019.