Kyle Walker lanjut kontrak di Manchester City
Shaiful Shamsudin
September 15, 2023 08:33 MYT
September 15, 2023 08:33 MYT
Pertahanan Manchester City, Kyle Walker, menyasarkan lebih banyak trofi selepas menandatangani kontrak baru dengan juara'treble' itu di sebalik beberapa bulan llau hampir bertukar angin ke Bayern Munich.
Pemain berusia 33 tahun itu yang kerap diketepikan di penghujung musim lalu dan diketepikan termasuk tidak tersenarai dalam kesebelasan utama untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada Jun telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh dua tahun.
Walker memasuki tahun terakhir perjanjiannya sambil juara Bundesliga itu menawarkan pakej menarik tetapi pemain antarabangsa England itu akhirnya memutuskan untuk kekal.
“Saya teruja untuk menandatangani perjanjian baru. Masa depan saya adalah bersama Manchester City dan ini adalah perkara terbaik untuk saya,” katanya yang telah memenangi 15 trofi bersama kelab itu.
“Saya telah menikmati setiap detik sejak di kelab yang hebat ini enam tahun lalu.
“Kejayaan memenangi treble merupakan musim yang tidak akan saya lupakan dan kami bersedia kembali berjuang dan cuba memenangi lebih banyak trofi.
“Kami perlu menyasarkan itu. Kami telah menetapkan penanda arasnya dan bagaimana menjadi lebih baik setiap tahun.
“Kami mungkin berada kemuncak dan adakah kami akan memenangi treble sekali lagi? Siapa tahu? Anda juga tahu bahawa kami berupaya.
"Kami merancang untuk masa kini dan masa kini bermula menentang West Ham esok.
"Saya gembira untuk terus bersama kelab yang bersaing untuk trofi setiap tahun dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang akan datang dalam tempoh beberapa tahun akan datang."