Tiada kelibat pemain pertahanan kiri Liverpool, Tsimikas dalam aksi kelayakan Euro 2024 Greece menentang Perancis pada awal pagi Rabu, biarpun telah beraksi ketika lawan New Zealand pada perlawanan persahabatan minggu lalu.

Timiskas kini kembali di Pusat Latihan AXA dalam persiapan Liverpool untuk berkunjung ke laman juara bertahan, Manchester City bagi saingan Liga Perdana Inggeris pada sabtu.

"Saya tidak dapat beraksi menentang Perancis kerana jika saya mendapatkan kad kuning dalam aksi tersebut, maka saya bakal terlepas aksi 'play-off' pada Mac 2024, iaitu lebih penting daripada perlawanan bertemu Perancis." kata Tsimiskas di Liverpoolfc.com

"Saya ambil keputusan untuk kembali bersama skuad Liverpool, berlatih bersama untuk berada dalam keadaan lebih bersedia."

"Ini adalah pilihan saya atas apa yang saya mahu lakukan, dan semua pasti tahu, kerap kali kita beraksi untuk sepak mula jam 12.30 tengah hari selepas rehat antarabangsa, dan pemain-pemain yang bermain di destinasi jauh hanya dapat kembali sehari atau dua hari sahaja sebelum hari perlawanan."

"Jadi bagi saya, ini adalah peluang terbaik untuk saya kembali ke Liverpool lebih awal bersama pasukan dan berlatih dengan lebih kerja keras."

Tsimikas dalam perlawanan terakhir bersama The Reds menyaksikan dia berjaya memberi bantuan gol kepada Mohamed Salah dan Diogo Jota dalam kemenangan 3-0 ke atas Brentford di Anfield.