Mauricio Pochettino mengakui komitmen antarabangsa Moises Caicedo bersama Ecuador beri kesukaran kepada permulaan kerjaya pemain tengah Chelsea.

Kelab itu telah membayar yuran perpindahan termahal di British bernilai £115 juta (RM682.4j) untuk menjamin khidmat pemain berusia 22 tahun dari Brighton pada Ogos tetapi kekerapan terbang pulang ke Amerika Selatan untuk beraksi buat negaranya mengehadkan masa bekerja bersama pasukan kejurulatihan di Cobham.

Dia telah beraksi sebanyak 14 kali dalam pertandingan sejak kedatangannya, kembali daripada kad merah dalam penampilannya menentang West Ham untuk mengukuhkan bahagian tengah.

Sejak menyertai Chelsea, dia telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh Ecuador dan bermain dalam enam perlawanan di mana setiap jadual antarabangsa memerlukan lebih dari 11,000 batu, kadang-kadang masih belum kembali ke London hingga awal pagi sebelum perlawanan seterusnya.

Dia pernah meluahkan dalalm satu wawancara di laman sesawang kelab minggu ini bahawa dia menghabiskan 10 hari pertama di England berseorangan di dalam bilik hotel menangis dan merindukan kampung halaman, selepas menyertai The Seagulls daripada Independiente del Valle di negara kelahirannya ketika dilanda pandemik COVID-19 pada Januari 2021.

Sekatan pergerakan yang dilaksanakan di United Kingdom (UK) bermakna dia tidak dapat bertemu dengan rakan sepasukannya di Brighton sehingga kuarantinnya selesai, di mana dia menghubungi ibu bapanya di Ecuador minta untuk pulang ke rumah.





Kepulangannya menjadi salah satu kejayaan cemerlang pasukan pasukan yang diketuai Roberto De Zerbi itu untuk mencapai kedudukan keenam terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, sekali gus menjadikan rebutan di antara Liverpool dan Chelsea.

Pengurusnya menuntut kesabaran berikutan Caicedo masih menyesuaikan diri dengan persekitaran di Chelsea yang berliku dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

"Apabila menandatanganinya, kita jelas dengan situasi yang akan berlaku," kata pengurus itu.

"Dia adalah lelaki emosional, seorang pemain emosional yang perlukan masa untuk pulih.

"Faktor perlawanan antarabangsa, perjalanan ke Ecuador, ke Amerika Selatan. Itu amat sukar setiap bulan, dua atau tiga minggu seterusnya pergi 10, 12 hari, kemudian kembali dengan kadang-kadang dengan kecederaan.

"Ia bukan alasan tetapi itulah realitinya. Sekarang kami perlukan masa. Tentu saja, saya katakan (pasukan) sentiasa perlu cemerlang. Itu adalah mentaliti kita.

"Tetapi dalam beberapa situasi seperti ini, kami perlu berikannya masa dan adalah tidak adil untuk menilainya ketika ini."