KL City dalam proses selesaikan tunggakan gaji pemain

Ammar Hakim
July 13, 2024 20:22 MYT
Ketua pegawai eksekutif KL City, Stanley Bernard, menjelaskan kelab tersebut dalam usaha untuk menyelesaikan tunggakan pemain dalam masa terdekat.
Menjelang minggu kelima Liga Super Malaysia, pemain Kuala Lumpur City (KL City) mengalami permasalahan rumit sebelum pertemuan penting menentang kelab gergasi Malaysia, Selangor, pada Ahad.
Terdahulu, tonggak kebangsaan, Paolo Josue, mendakwan bahawa dia tidak menerima gaji selama tujuh bulan oleh kelab tersebut.
Menerusi laporan di Stadium Astro semalam, juara Piala Malaysia 2021 itu bakal mendapat bayaran dua bulan gaji yang akan dilakukan pada minggu depan.
Stanley yang hadir sebagai tetamu Nadi Weekend sebentar tadi, mengakui terdapat masalah tunggakan gaji namun ia akan diselesaikan.
Dia turut kagum dengan barisan pemain menjelang pertemuan dengan Selangor, dia berkata, "Tepukan gemuruh buat pemain, di sebalik kemelut dihadapi keharmonian dalam kem pasukan masih lagi utuh dan dalam tempoh empat tahun, ini merupakan bilik persalinan yang paling menakjubkan bagi saya."
#liga super #bola sepak #KL City
;