Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memuat naik hantaran di Facebook mengatakan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon (KPG), terus kekal mengemudi skuad Harimau Malaya.

Meskipun menghadapi pelbagai tekanan susulan prestasi semasa skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini, pengendali dari Korea Selatan itu tetap optimis untuk mengemudi skuad negara pada perlawanan akan datang.

Media sosial rasmi FIFA juga menegaskan bahawa jurulatih berusia 55 tahun itu memerlukan sokongan daripada 'ekor' Harimau Malaya untuk mempercayai kepimpinannya membawa Malaysia ke peringkat tertinggi.