Kevin De Bruyne terlepas aksi Piala Super UEFA

Shaiful Shamsudin
August 15, 2023 09:28 MYT
Pemain tengah, Kevin De Bruyne, terlepas rombongan perjalanan Manchester City sempena pertembungan Piala Super UEFA menentang Seville akibat kecederaan hamstring.
De Bruyne kelihatan terhincut-hincut dalam kemenangan 3-0 Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Burnley yang menyaksikannya turut dikeluarkan lebih awal dalam final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu dan pengurus City, Pep Guardiola, kemudian mendedahkan pemain antarabangsa Belgium berusia 32 tahun itu akan diketepikan selama beberapa minggu.
Kelab itu masih belum dapat menawarkan maklumat terkini mengenai tahap kecederaannya tetapi nama pemain tengah itu sudah digugurkan dalam senarai skuad 22 pemain menjelang perlawanan di Athens, awal pagi Khamis ini.

.@PepTeam has announced his 22-man travelling squad for Wednesday's UEFA Super Cup clash with Sevilla! ?

— Manchester City (@ManCity) August 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
De Bruyne adalah salah seorang tonggak utama City sejak 2015 dan dianggap sebagai salah seorang pemain tengah paling berjaya dalam bola sepak dunia.
Tiada tempat buat pemain tengah, Bernardo Silva, yang merupakan satu-satunya pemain yang terbabit dalam aksi di Burnley tetapi tidak disenaraikan selain pertahanan tengah, Ruben Dias, yang kekal direhatkan akibat kecederaan kepala dalam perlawanan terdahulu.
Kalvin Phillips dan Jack Grealish, yang merupakan pemain gantian yang tidak digunakan di Turf Moor termasuk John Stones turut dalam perancangan ke Anthens.
#Manchester City #Kevin De Bruyne #Piala Super UEFA
;