Kevin De Bruyne kekal komited bersama Red Devils
Ammar Hakim
September 6, 2024 09:06 MYT
September 6, 2024 09:06 MYT
Kevin De Bruyne menegaskan dia tetap komited dengan Belgium, menamatkan spekulasi mengenai masa depan antarabangsanya berikutan kempen Euro 2024 yang kurang memberangsangkan.
Belgium ditewaskan 1-0 oleh Perancis dalam pusingan 16 di Kejohanan Eropah di Jerman, setelah hampir tidak berjaya menembusi kumpulan yang mengandungi Romania, Slovakia dan Ukraine.
Itu adalah kejohanan keenam De Bruyne bersama Red Devils, yang paling hampir dengan kejayaan apabila mereka mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, tetapi sekali lagi tewas kepada Perancis.
Ramai yang percaya bintang Manchester City itu mungkin bersara daripada bola sepak antarabangsa berikutan satu lagi kegagalan untuk menghadiahkan piala, tetapi dia dimasukkan dalam skuad Domenico Tedesco untuk perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara menentang Israel dan Perancis.
Bercakap pada sidang akhbar untuk melihat pratonton pertemuan Jumaat dengan Israel -- yang akan dimainkan secara tertutup di Hungary -- pemain berusia 33 tahun itu mengulangi komitmennya kepada Red Devils
"Saya mahu terus bersama Red Devils dan itulah sebabnya saya di sini," kata De Bruyne kepada pemberita pada sidang media pra-perlawanan Khamis.
"Musim ini telah bermula dengan baik untuk saya. Ia akan menjadi musim yang sukar. Jika tiba masanya ia menjadi terlalu banyak, maka saya akan bercakap dengan jurulatih.
"Saya terutamanya melihat ke hadapan. Saya agak kecewa selepas Kejohanan Eropah, tetapi itu berlaku untuk beberapa hari dan kemudian musim baharu bermula semula."
Safely in Debrecen. ✈️ #DEVILTIME pic.twitter.com/YzS2gS0U5i
— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) September 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.