Kesebelasan Utama Liga Super: Nidzam Jamil pertaruh lima pertahanan kekang asakan JDT

Najmi Iman
October 27, 2024 19:32 MYT
Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan yang dinanti-nantikan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar nanti.
Nidzam Jamil mempertaruhkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem bagi mengekang asakan Harimau Selatan yang mahu mencari kemenangan seterusnya.

Kesebelasan Utama Perlawanan LS14 Selangor FC ? Johor Darul Ta'zim FC Saksikan siaran langsung perlawanan jam 8:15 malam ini di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO.#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/oBaWVvMFQ7

— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan ulangan final Piala FA itu bakal menyaksikan JDT ingin terus melebarkan penguasaan dalam Liga Super Malaysia apabila tampil menurunkan pemain terbaik untuk menggugat The Red Giants di halaman sendiri.
Romel Moralez bertindak sebagai penyerang utama sambil dibantu oleh Bergson da Silva yang dahagakan jaringan dalam setiap aksi.
Pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi, semestinya mahu mempamerkan permainan memukau untuk membantu skuad Hector Bidoglio mengekalkan rekod bersih bertemu Selangor.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Liga Super Malaysia #Selangor #DemiLigaKita
;