Kesebelasan Utama Liga Super: Kedah kembali dibarisi pemain utama, misi pikat hati penyokong

Najmi Iman
September 20, 2024 20:10 MYT
Selepas menurunkan keseluruhan pemain muda dalam perlawanan minggu lalu, Kedah Darul Aman, kembali diperkuat oleh pemain utama dalam misi mencari kemenangan keempat saingan Liga Super Malaysia berdepan Sri Pahang di Stadium Darul Aman, sebentar nanti.
Kehilangan Kalamullah Al-Hafiz akan diisi oleh Ifwat Akmal selaku penjaga gol utama malam ini di samping Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Abdul Halim Saari kembali dibarisi oleh Sang Kenari demi mendapatkan tiga mata penuh.

Kesebelasan Utama Perlawanan LS11 Kedah Darul Aman FC ? Sri Pahang FC Saksikan siaran langsung perlawanan jam 9.00 malam di TV Okey dan RTMKlik.#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/YRhIcmWP73

— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Syafiq Ahmad dan Sony Norde akan menggalas tanggungjawab sebagai penggempur untuk merobek gawang pasukan lawan di hadapan penyokong sendiri.
Skuad kendalian Fandi Ahmad mempertaruhkan gandingan Sergio Aguero dan Kpah Sherman selain Manuel Hidalgo sebagai nadi utama pasukan Tok Gajah mencuri mati di Darul Aman.
Nor Azam Azih akan memimpin barisan tengah Sri Pahang demi memperoleh kemenangan selepas berjaya menang besar ke atas PDRM sebelum ini.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Sri Pahang #Kedah Darul Aman