Juara Piala Dunia 2018, Perancis, menurunkan kesebelasan utama terbaik bagi mendapatkan kemenangan pertama mereka dalam perlawanan kumpulan D Euro 2024 menentang lawan dari Austria, sebentar nanti.

Selepas bekas pemain Tottenham Hotspur, Hugo Lloris, mengumumkan persaraan antarabangsa kini, penjaga gol utama AC Milan, Mike Maignan, akan menggalas tanggungjawab sebagai benteng terakhir pasukan itu dalam kejohanan terbesar di Eropah.

Sekembalinya bekas pemain Chelsea, N'Golo Kante dalam skuad Perancis, pasukan itu mensasarkan mahu menguasai bahagian tengah permainan sambil dibantu oleh pemain berpengalaman seperti Adrien Rabiot dan Antoine Griezmann.

Pemain terbaru Real Madrid, Kyllian Mbappe, sudah semestinya ingin membantu Perancis apabila menjadi taruhan terbesar skuad Didier Deschamps untuk mencuri tiga mata penuh dalam aksi pertama mereka.

Sementara itu, bekas pemain Manchester United, Marcel Sabitzer, menjadi sandaran terbaru skuad Austria mengekang asakan finalis Piala Dunia 2022 itu.