Skuad Malaysia sekali lagi bakal melewati aksi antarabangsa, dengan senarai 25 pemain yang dipanggil Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon, bagi menghadapi dua perlawanan bertemu Kyrgyzstan Khamis ini manakala bertemu pada Taiwan 21 November.

Sumareh bersama Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shahrul Saad dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menjadi antara lima pemain baharu yang dipanggil Pan-gon berbanding skuad Pestabola Merdeka 2023 bulan lalu.

Bagaimanapun, kelibat penyerang, Syafiq Ahmad, tetap tiada dalam senarai kali ini sekaligus mencetus kekecohan di media sosial yang mempertikaikan keputusan yang telah diambil pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Pan-gon bagaimanapun telah menjelaskan setiap pemilihan pemain dilakukan dengan mengambil kira banyak perkara, termasuk perancangan taktikal pasukan.



Menerusi rancangan Nindia, barisan pakar bolasepak negara, memberikan pandangan berdasarkan barisan pemain yang dipilih dengan menjadikan Sumareh sebagai topik utama.

Bekas pemain negara, Asmawi Bakiri, berkata, "Sumareh pernah diturunkan di bahagian sayap kiri dan kanan. Walaupun ketika Malaysia tidak ketandusan barisan pemain sayap Sumareh boleh diturunkan sebagai penyerang sekaligus menjadi pemain sokongan buat Darren Lok.

"Bukan untuk menidakkan Syafiq, namun jika dibandingkan daripada segi kekuatan fizikal, ternyata ia memihak Sumareh memandangkan Malaysia bakal melewati lawan yang mampu mencabar ketahanan fizikal."



Persatuan Bolasepak Jurulatih Malaysia (PJBM) yang diketuai Naib Presidennya, Datuk Richard Scully, pula mencelah, "Betul, saya setuju daripada aspek fizikal, ia akan menjadi kelebihan yang bakal membantu skuad negara.

"Namun apa yang saya mahu ketengahkan adalah 'detik permainan'. Adakah pemain diperkatakan ini mampu atau sebaliknya melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan, mengambil keputusan pada masa dan ketika menentukan sama ada Malaysia berjaya atau tidak menghasilkan jaringan."

Pengacara Nindia, Hafizal Hamad turut melihat terdapat persamaan pemilihan Sumareh ke dalam skuad kebangsaan ketika Akhyar Rashid melewati fasa kurang minit permainan.

Daripada perlawanan demi perlawanan, Akhyar mula menemui rentak dalam membantu pasukan ketika melancarkan gerakan menguji benteng akhir lawan atau mendapatkan jaringan.