Kemenangan suram buat Liverpool
Adli Aidy
November 10, 2024 14:35 MYT
November 10, 2024 14:35 MYT
Kecederaan yang menimpa Trent Alexander-Arnold membuat kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Aston Villa di halaman sendiri awal pagi tadi sebagai kemenangan yang suram.
Pertahanan Inggeris itu yang dibawa keluar ketika separuh masa pertama disifatkan sebagai serius oleh Arne Slot.
Pemain berumur 26 tahun itu tersenarai dalam skuad England yang bakal menentang Greece dan Ireland dalam Liga Negara-Negara (UNL) UEFA, namun Slot akui dia pasti akan terkejut jika Alexander-Arnold mampu beraksi dalam perlawanan-perlawanan tersebut.
"Sukar untuk mengenal pasti sekiranya kecederaan yang dialaminya serius ataupun tidak, tetapi kecederaan itu kebarangkaliannya serius apabila pemain dikeluarkan dalam aksi separuh masa pertama, dia sendiri minta untuk direhatkan," kata Slot.
Arne Slot offered a post-match update on the injury sustained by Trent Alexander-Arnold tonight ⤵️
— Liverpool FC (@LFC) November 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa meletakkan skuad Liverpool lima mata di hadapan Manchester City yang kini menghuni tangga kedua liga dengan 23 mata selepas tewas kepada Brighton 1-2.