Kemarau trofi tarik perhatian Ange Postecoglou sertai Tottenham

Ammar Hakim
April 6, 2024 00:32 MYT
Ange Postecoglou berkata peluang untuk menamatkan kemarau trofi Tottenham dan menjadi tarikan ujtama untuk menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Spurs.
Minggu ini menyaksikan kelab mengumumkan hasil pendapatan kelab bernilai GBP549.6 juta (RM3.2 bilion) untuk tahun kewangan 2022-23.
Bagaimanapun, jumlah pendapatan tersebut bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan buat Postecoglou mengambil alih kerusi panas di Spurs, bukanlah kerana venue pasukan yang gah, fasiliti latihan yang terbaik namun peluang untuk menghadirkan gelaran kembali ke N17.

Getting the W in N17 ? ? Highlights: Spurs 2️⃣-1️⃣ Luton pic.twitter.com/dDz2ptpeg4

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Prospek yang realistik Tottenham untuk memenangi trofi musim ini berakhir pada Januari apabila mereka tersingkir dari Piala FA tetapi ketua jurulatih berpengalaman mereka terus menyatakan mereka kekal dalam perebutan kejuaraan.
Kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan hanya 24 mata masih berbaki, Postecoglou menerima ia sudah hampir pasti menjadi musim tanpa trofi namun berazam untuk mengubahnya tahun depan.
“Spurs memilik adalah stadium yang hebat serta kemudahan padang latihan cukup hebat, jadi anda mengambil kira perkara itu, tetapi ia bukan sebab saya datang ke Tottenham,” kata Postecoglou.
“Dan saya faham. Ia adalah EPL, saya memperoleh wang yang lumayan, ia berprofil tinggi, ia mempunyai stadium yang hebat, kemudahan yang hebat.
“(Tetapi) ia tidak memenangi apa-apa untuk seketika. Itulah sebabnya saya datang. Itulah tarikan terbesar.
“Sekiranya mereka bermain di belakang stadium lain, ia tidak akan membawa perubahan kepada saya.
“Saya melihat sebuah kelab yang sangat besar yang sudah lama tidak berjaya dan ia satu cabaran yang hebat untuk saya."
#Tottenham #Liverpool #Ange Postecoglou #EPL #Liga Perdana Inggeris