Kelayakan UCL: Barisan Van Nistelrooy elak kekalahan di Ibrox
Shaiful Shamsudin
August 17, 2022 10:53 MYT
August 17, 2022 10:53 MYT
RANGERS 2 PSV 2
Tandukan Armando Obispo menafikan kelebihan Rangers apabila membantu PSV mengikat tuan rumah 2-2 dalam pertemuan pertama perlawanan play-off Liga Juara-Juara (UCL) di Ibrox, awal pagi tadi.
Turun dengan misi memburu penampilan pertama peringkat kumpulan Eropah dalam tempoh empat tahun, skuad kendalian Ruud van Nistelrooy itu mendahului pada minit ke-37 yang disudahkan Ibrahim Sangare selepas Rangers gagal menangani sepakan sudut.
Tetapi tuan rumah bertindak balas dalam masa tiga minit menerusi satu sentuhan kemas untuk Antonio Colak mencetak gol keempatnya musim ini.
Anak buah Giovanni van Bronckhorst itu merampas pendahuluan perlawanan menuju 20 minit masa kecederaan apabila Walter Benitez yang dalam usaha mengeluarkan sepakan percuma Tom Lawrence tertampan ke gawangnya sendiri.
Bagaimanapun, Obispo menyamakan kedudukan lapan minit kemudian apabila dia menanduk sepakan sudut Cody Gakpo bagi memastikan perlawanan itu kekal seimbang menjelang perlawanan kedua di Eindhoven, minggu depan.
Eindhoven. Next week. ⚔️#RANPSV #UCL pic.twitter.com/Zelv5Vpevn
— PSV (@PSV) August 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.