Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Jika SNBJ tidak tersedia, mana stadium yang sesuai?

Ammar Hakim
March 24, 2024 08:28 MYT
Terdapat perkhabaran menerusi laman sosial yang menunjukkan keadaan semasa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia antara Malaysia dan Oman Selasa ini.
Menerusi perkongsian di laman sosial, rakaman video menggunakan dron menyaksikan permukaan padang SNBJ masih tidak lagi di tahap terbaik.
Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy, turut mahu melihat terlebih dahulu keadaan permukaan padang dalam usaha mereka untuk meneruskan rentak cemerlang yang diperoleh dalam perlawanan terdahulu.
Dengan segala persiapan semakin suntuk, terdapat kemungkinan venue perlawanan perlu ditukar dan jika SNBJ tidak tersedia, mana pilihan venue yang sesuai untuk diguna pakai?

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia -- Malaysia lawan Oman Jika SNBJ tidak tersedia, stadium mana bakal jadi pilihan sebagai venue?

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Malaysia #Kelayakan Piala Asia #kelayakan Piala Dunia