Kelayakan Piala Dunia: Panama cipta kejutan atasi AS

Ammar Hakim
October 11, 2021 02:01 MYT
Panama meraih kemenangan mengejutkan semalam selepas mengatasi Amerika Syarikat 1-0 sekaligus memberikan kemenangan pertama ke atas lawan itu dalam saingan kelayakan Piala Dunia.
AS memasuki pertembungan di tempat lawan tanpa kalah dalam lapan perlawanan bertemu Panama, termasuk enam kemenangan, dan menikmati 13 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.
Tetapi Panama yang kelihatan beraksi cemerlang aksi cemerlang Anibal Godoy, yang menanduk masuk gol pada minit ke-54 sekalig memberikan kemenangan di Panama City.

Final from Panama. Next, Costa Rica on Wednesday in Columbus. pic.twitter.com/ueAe21I96p

— U.S. Soccer MNT (@USMNT) October 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan perlawanan yang mengecewakan buat juara Piala Emas selepas mereka gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke sasasran dalam perlawanan yang berlangsung di at Estadio Rommel Fernandez.
Panama kini berkongsi lapan mata bersama AS sementara Mexico mendahului saingan dengan 11 mata selepas mengatasi Honduras 3-0.
#Panama #AS