Kelayakan Piala Dunia: Gol Alvarez bawa Mexico makin hampir ke Qatar

Muzaffar Musa
March 28, 2022 11:19 MYT
HONDURAS 0 MEXICO 1
Mexico kian hampir ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Honduras 1-0 di gelanggang lawan hari ini.
Kejayaan pasukan di tangga keempat, Costa Rica, menewaskan El Salvador 2-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan zon CONCACAF menyaksikan Mexico masih belum dapat mengesahkan kemaraan ke kejohanan utama tetapi kemenangan terbaru itu meletakkan El Tri semakin hampir untuk ke Qatar.
Dengan tiga pasukan teratas zon CONCACAF mendapat slot kelayakan automatik ke kejohanan utama, Mexico kini bekelebihan tiga mata di depan Costa Rica dan berkelebihan empat jaringan.
Ia bermakna, sekiranya mereka tewas kepada El Salvador dengan jumlah yang besar pada Khamis ini, pasukan bimbingan Tata Martino itu mungkin berada dalam bahaya.
Mexico menguasai 70 peratus kawalan bola sepanjang babak pertama bertemu Honduras tetapi gagal mencipta sebarang peluang.
Mereka meningkatkan keamatan dalam babak kedua, di mana Hector Herrera, Jesus Corona dan Hirving Lozano mencipta peluang seawal minit pertama.
Edson Alvarez kemudian menemui sasaran pada minit ke-70 dengan menanduk masuk bola sepakan sudut Herrera.
Dengan Costa Rica akan menentang pasukan di tangga kedua, Amerika Syarikat, dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan, keputusan seri dengan El Salvador sudah cukup untuk melayakkan Mexico ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.

¡Bien, equipo! ?? ?? Trabajamos duro para conseguir un importante triunfo en ??. ¡El miércoles a sellar el ? a ??!@kavakmx les deja el marcador final.#TeamKavak | #HechoDeLosMexicanos pic.twitter.com/7C0zo50OEG

— Selección Nacional (@miseleccionmx) March 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Mexico #Honduras #kelayakan Piala Dunia
;