Kelayakan Piala Dunia: Argentina kekal rekod tanpa kalah
Muzaffar Musa
September 3, 2021 11:23 MYT
September 3, 2021 11:23 MYT
VENEZUELA 1 ARGENTINA 3
Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Venezuela, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1 hari ini.
Lionel Messi mengetuai Argentina dalam aksi pertama itu sejak mereka memenangi Copa America pada 10 Julai lalu -- La Albicelesta mengatasi Brazil untuk meraih gelaran pertama sejak 1993.
Lautaro Martinez, Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran buat Argentina dalam perlawanan di Caracas itu, sekali gus memberikan pasukan Lionel Scaloni berkenaan kemenangan keempat daripada tujuh perlawanan pusingan kelayakan ke Qatar 2022.
Venezuela tepaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-32 selepas pemain gantian, Luis Martinez, dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan berbahaya ke atas Messi dan Argentina segera memanfaatkan kelebihan itu untuk Lautaro Martinez membuka jaringan dalam waktu kecederaan babak pertama.
Argentina kian selesa di depan apabila Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-71 dan 74.
Yeferson Soteldo kemudian menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah, Venezuela, menerusi sepakan penalti pada minit ke-94.
Dengan kemenangan itu, Argentina kini berada di tangga kedua pusingan kelayakan Amerika Selatan dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Brazil.
Kedua-dua pasukan di tangga teratas itu akan bertemu sesama sendiri awal pagi Isnin ini.
3 - Lautaro Martínez has scored his third goal in the South American WC Qualifiers. All of them were scored away and Argentina won in both previous games he scored. Charm. pic.twitter.com/9JWhzqdUcC
— OptaJoao (@OptaJoao) September 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.