Muzaffar Musa
Fri Sep 03 2021
VENEZUELA 1 ARGENTINA 3
Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Venezuela, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1 hari ini.
Lionel Messi mengetuai Argentina dalam aksi pertama itu sejak mereka memenangi Copa America pada 10 Julai lalu -- La Albicelesta mengatasi Brazil untuk meraih gelaran pertama sejak 1993.
Lautaro Martinez, Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran buat Argentina dalam perlawanan di Caracas itu, sekali gus memberikan pasukan Lionel Scaloni berkenaan kemenangan keempat daripada tujuh perlawanan pusingan kelayakan ke Qatar 2022.
Venezuela tepaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-32 selepas pemain gantian, Luis Martinez, dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan berbahaya ke atas Messi dan Argentina segera memanfaatkan kelebihan itu untuk Lautaro Martinez membuka jaringan dalam waktu kecederaan babak pertama.
Argentina kian selesa di depan apabila Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-71 dan 74.
Yeferson Soteldo kemudian menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah, Venezuela, menerusi sepakan penalti pada minit ke-94.
Dengan kemenangan itu, Argentina kini berada di tangga kedua pusingan kelayakan Amerika Selatan dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Brazil.
Kedua-dua pasukan di tangga teratas itu akan bertemu sesama sendiri awal pagi Isnin ini.
Tahukah anda? Manchester United kalah lagi!
Manchester United berdepan kekalahan keempat daripada lima perlawanan terkahir Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ketua pasukan, Bruno Fernandes, dibuang padang sewaktu tewas 0-2 kepada Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.
Piala AMEC: Vietnam selangkah ke final
Vietnam hanya selangkah lagi untuk ke final Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) apabila menewaskan Singapura 2-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar malam tadi.
Saya bersedia bertanding -- Firdaus Mohamed mengenai jawatan timbalan presiden FAM
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, mengumumkan bertanding sebagai calon timbalan presiden menjelang Kongres FAM bagi pemilihan jawatankuasa badan induk itu yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Kelantan Red Warrior amal sifat 'ukur baju di badan sendiri'
Kehadiran semula pasukan Kelantan atau julukan baru Kelantan Red Warrior bakal mendapat perhatian menerusi pembentukannya yang akan menghiasi kancah tempatan tidak lama lagi.
EPL: Bukan 'hadiah' Krismas yang perlu dibanggakan -- Arne Slot
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, tidak mahu pasukannya berbangga dengan pencapaian terkini iaitu memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 39 mata ketika perayaan Hari Natal.
Terima kasih, jumpa lagi Malaysia -- Pau Marti
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan selepas selesai tugasan terakhirnya dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Van Nistelrooy sees Anfield loss as missed opportunity for Leicester
Van Nistelrooy rues missed chance
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance