Kelayakan Piala Dunia 2026: Hampir menang, sekelip mata Australia padam angan-angan Bahrain

Najmi Iman
November 19, 2024 07:26 MYT
Kusini Yengi perlu diangkat sebagai wira Australia selepas jaringan minit akhirnya pada minit ke-97 melenyapkan harapan Bahrain meraih tiga mata penuh dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, malam tadi.
Keputusan 2-2 itu melanjutkan tempoh aksi tanpa kalah Australia sejak Tony Popovic mengambil alih selaku jurulatih.
Segala-galanya bermula dengan sangat cemerlang buat Socceroos apabila seawal minit pertama Kusini Yengi menggamatkan suasana Stadium Kebangsaan Bahrain dengan jaringan pembukaan.
Tersentak, Bahrain mula mengatur gerakan berbahaya demi mencari keputusan positif di hadapan penyokong sendiri, namun menemui kegagalan.

FT | A brace from Kusini Yengi helps us take a point in Bahrain. The #Socceroos stay second in Group C.#BHRvAUS pic.twitter.com/vCSK7pGUYP

— Subway Socceroos (@Socceroos) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mahdi Abduljabbar akhirnya menemui sentuhan berharga pada minit ke-75 untuk mengimbangi permainan 1-1 yang kemudiannya sekali lagi menambah jaringan untuk membuktikan kepada kem pelawat dengan jarak satu gol.
Bahrain seakan sudah memenangi perlawanan tatkala sorakan peminat sudah meraikan detik kejayaan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka dan terpaksa berputih mata melihat jaringan penyamaan Kusini Yengi membawa kepada keputusan seri 2-2.
#bola sepak #Australia #Bahrain #Kelayakan Piala Dunia 2026
;