Demi misi memburu tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Paris, tiga wakil kem pelayaran negara merebut peluang terakhir dalam Kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis bermula dari 21 hingga 27 April.

Saingan hari pertama menyaksikan gandingan acara 470 negara, Juni Karimah dan Fauzi Kaman Shah bermula cemerlang selepas mendahului pasukan lain dengan catatan sebanyak 17 mata sekaligus meletakkan gandingan negara itu di tempat kelima.

Sementara bagi acara ilca 7, pelayar Khairulnizam Mohd Afendy turut tidak ketinggalan menyumbang 65 mata dengan kedudukan semasa di tempat ke-31.

Empat slot terhad bakal menjadi perebutan kepada 15 buah negara yang bertanding.