Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Muzaffar Musa
March 16, 2023 09:52 MYT
March 16, 2023 09:52 MYT
Zlatan Ibrahimovic akan kembali menjalani tugasan antarabangsa bersama Sweden apabila terpilih untuk memperkuatkan skuad itu bagi dua aksi kelayakan Euro 2024 menentang Belgium dan Azerbaijan hujung bulan ini.
Penyerang AC Milan itu menghabiskan hampir seluruh musim ini di tepi padang selepas menjalani pembedahan lutut pada penghujung kempen 2021-22, di mana mereka turut memenangi gelaran Serie A.
Walaupun hanya beraksi lebih kurang sejam menerusi tiga penampilannya sejak kembali daripada kecederaan itu tahun ini, pemain berusia 41 tahun itu tersenarai untuk membarisi skuad bimbingan Janne Andersson berkenaan.
Bercakap mengenai keputusannya untuk menyenaraikan pemain veteran itu walaupun terdapat pertikaian mengenai tahap kecergasannya, pengendali itu memuji pengaruh yang boleh dibawa penyerang berkenaan di atas padang dan yakin Ibrahimovic mampu menggalas peranan itu.
"Zlatan dan saya kerap berhubung selama ini, termasuk berkenaan kecederaannya.
"Kini, dia sudah berasa lebih baik dan dia boleh menyertai pasukan ini.
"Dia memiliki perwatakan dan kualiti kepimpinan yang bagus di atas padang tetapi idea untuk menyenaraikannya adalah untuk dia dimasukkan dan memberikan sumbangan. Jika tidak, saya tidak akan memilihnya," katanya.
Här är herrlandslagets trupp till de två första EM-kvalmatcherna ? ??-?? | 24 mars på Friends Arena ??-?? | 27 mars på Friends Arena ? Matchen mot Belgien är för tillfället slutsåld - men se till att säkra plats mot Azerbajdzjan den 27 mars!
— Svensk Fotboll (@svenskfotboll) March 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kali terakhir Ibrahimovic mewakili Sweden adalah lebih kurang setahun lalu, di mana pasukan negaranya disingkirkan Poland dalam pusingan playoff Piala Dunia Qatar 2022.
"Saya tidak melihatnya sebagai kesebelasan utama. Ia lebih kepada situasi sama yang dilakukannya bersama Milan. Jika ada peluang untuknya, dia akan dimasukkan," tambah Andersson.