Kelayakan Euro 2024: Erling Haaland kembali ke Manchester City dengan kecederaan

Shaiful Shamsudin
March 21, 2023 23:40 MYT
Erling Haaland akan kembali ke Manchester City untuk pemeriksaan lanjut terhadap kecederaan pangkal pahanya selepas terpaksa menarik diri daripada skuad Norway untuk dua perlawanan pertama kelayakan Euro 2024.
Penggempur handalan itu melakar hatrik ketika City menewaskan Burnley 6-0 dalam suku akhir Piala FA hujung minggu lalu bagi menyusuli lima golnya ketika menang 7-0 ke atas RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Haaland menyertai rakan sepasukannya di Norway ketika mereka bersedia untuk menentang Sepanyol dan Georgia tetapi kini sah terlepas untuk mana-mana perlawanan tersebut.
Doktor pasukan, Ola Sand, memberitahu laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Norway: "Kami berharap kecederaannya akan pulih hujung minggu ini tetapi selepas melakukan ujian dan peperiksaan semalam, jelas bahawa dia tidak akan sempat pulih untuk menghadapi perlawanan menentang Sepanyol dan Georgia.

Kampene mot Spania og Georgia går dessverre uten Erling Braut Haaland. Han har reist hjem grunnet skade. Les mer her: https://t.co/BPVnWNWUgt

— Fotballandslaget (@nff_landslag) March 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Adalah lebih baik dia menerima rawatan susulan di kelabnya."
Pengurus Norway, Stale Solbakken, menambah: "Erling mengambil berat apabila dia menyedari bahawa dia tidak boleh berjuang untuk pasukan.
"Nasib baik masih terdapat banyak keyakinan diri, bakat dan perpaduan erat dalam kumpulan ini untuk memenangi mata dalam perlawanan seterusnya."
#Manchester City #Norway #Erling Haaland #Kelayakan Euro 2024